![]() |
| Bukan lukisan aku |
Dari setiap permulaan langkah hidup, banyak dimulakan dari bertatih. Sehingga ke berlari di zaman tadika, ber"b-boy" di zaman sekolah rendah, ber"shuffle" di zaman sekolah menengah, dan kini mengesek besi dengan USD Seven, Carbon Free, Razors di zaman kolej. Hidup berubah mengikut aturan revolusi tuhan, dan adakala tersangkut di skala 8. Bagaimanapun, rotasi hidup aku ini, sentiasa mencari yang terbaik hingga sampai satu nikmat iaitu tiada rasa jemu.
" ...satu nikmat iaitu tiada rasa jemu."
Sudah 24 tahun hidup, banyak kebaikan dilabur demi masa akan datang, dan banyak keburukan dijadikan coretan warna hitam dalam kain rentang yang mak bapak aku lepaskan seawal umur 13 . tahun. Rentangan dengan warna asas telah dicoret dengan segala jenis warna dari pelbagai jenis material seperti pensel warna kayu Stabilo ke Faber Castle, berus warna dari saiz terkecil hingga sebsar untuk kaligrafi. Belum masuk highlight untuk ingatkan mana yang perlu dan tak perlu dalam hidup. Semua perlaburan itu dah diserahkan bulat kepada aku untuk teruskan menconteng.
"...banyak kebaikan dilabur demi masa akan datang, dan banyak keburukan
dijadikan coretan warna hitam dalam kain rentang yang mak bapak aku
lepaskan seawal umur 13"
Anggap yang buruk sebagai lakaran asas untuk melukis sebuah pulau. Mungkin nampak suram bila dilakar dengan arang lukisan. Bila air laut yang dibayang hanya warna hitam kelabu. Pembayang atau shadowing dilakukan dengan jari sebesar peluru machine gun. Nampak tak lawa jangan direnyukkan, apa salah kita campur dengan stensil berwarna supaya ada warna. Macam tu kebaikan yang cuba disampaikan secara tersirat. Keberanian mencampur material dalam kain rentang mungkin boleh dijual secara bidaan kelak. Mana tahu kann..?? Sehingga kini tak henti mencoret sebabnya nak dapatkan satu tempo yang aku cakap tadi iaitu "Tiada rasa jemu.." . Dapat rasa tu, maknanya aku dah capai satu kepuasan yang takkan sangkut lagi di skala lapan.
"Keberanian mencampur material dalam kain rentang mungkin boleh dijual secara bidaan kelak. Mana tahu kann..??"
Terima kasih kepada yang tidak jemu-jemu bersama aku sepanjang hidup ini lebih-lebih kepada mama ayah dan adik aku. Sahabat-sahabat yang sentiasa jadi musuh dan badut di masa hidup ini sejak zaman kecil aku di taman perumahan hinggalah zaman remaja yang tinggal suku masa jadi bapak orang. Sahabat karib yang sentiasa bantu bina emosi dan rohani, Sahabat yang ingatkan tuhan dan ingatkan ada polis di depan. Bekas-bekas kekasih yang pernah jadi sebahagian coretan bersaiz A3. Terima kasih Tuhan atas ujian 24 tahun, mungkin cukup 420 aku akan hidup tenang nanti..
Salam kejadian...



