Masa berputar ikut paksi seia dengan sifat kendiri. Melentur dari rebung belum tentu buluh sesihat makan kopi dan susu biri. Atas pelentur untuk bentukkan ia kepada wau bulan yang terbang sambil membangga negeri Kelantan. Atau pun dikerat untuk dibuat meriam bagi mengacau seantero perkampungan. Dapat diistilahkan bahawa manusia yang silap dilentur boleh jadi sampah yang sisanya akan dibuang, dibakar oleh pelentur sendiri.
"Dah kahwin nanti, jaga anak kau elok-elok kata orang tu
lentur buluh biarlah dari rebungnya "
Jadi nampak sangat kat sini yang manusia semua nak menjadi sempurna hatta anak mengalami autisme atau buta atau cacat anggota dari kecik. Pun begitu, edukasi belum terjamin untuk kehidupan akan datang andai diri sendiri belum hadam setiap edukasi. Edukasi yang diperolehi dari buku hanya bacaan yang sia-sia sekiranya diri sendiri belum memahami kalam yang disurati. Semacam juga Al-Quran... Kau baca berlagu dengan tajwid yang cukup TIPTOP tapi isi belum difahami secara amali. Maka lisan tinggal lisan, Perutusan hanya tinggal perutusan tanpa memberi kesan sesebal pada hati. Sahabat aku ada katakan bahawa yang manusia bukan perlu tafsir tanpa terjemah dengan hemah. Nampak seperti Tafsir sama dengan Terjemah. Tapi untuk aku dan segolongan seperti aku akan mengatakan ia berbeza. Kerana pendefinisian manusia bergantung pada akal dan emosi, jadi tak hairan kalau kita cakap dengan suara tinggi ada yang katakan bahawa kita marah, walhal itulah cara cakap kita.
![]() |
| Curi dari Low Tech Mag : Human Dung |
Secara ringkasnya, manusia tak dicipta menjadi sampah kerana sampah pada asalnya adalah sesuatu yang berguna. Macam mentol yang dulu bantu manusia terangkan sudut gelap manusia, Bila pecah mentol, dibuang. Langsung dah tak ada lagi istilah mentol untuk si mentol. Ada juga sampah yang boleh digunapakai macam kertas, surat khabar, plastik, tin yang boleh dikitar semula. Tapi yang menjadikan sampah pada mereka adalah manusia yang tak reti-reti nak kitar semula barang tersebut. Jadi siapa yang sampah? Tepuk dada, jangan terus bertanya tapi laksanakan lagi baik hendaknya.
"...pendefinisian manusia bergantung pada akal dan emosi,
jadi tak hairan kalau kita cakap dengan suara tinggi ada yang katakan bahawa kita marah..."
Bentuk diri dengan edukasikan diri bukan dengan buku semata-mata. Patuh pada tuhan kerana pemberian itu datang dari tertinggi. Sampahkan diri dengan perangai yang membusukkan nama sendiri tak menjamin kesenangan untuk hidup yang ingin ditempuhi. Sekalipun nampak mereka yang busuk dan tidur di kaki lima, yang gigi berkarat seperti seribu tahun tak gosok gigi belum tentu mereka sampah yang aku maksudkan, Kerana dari pandangan dimensi lain ia berguna sebagaimana orang gila yang mengutip tin dan botol plastik dalam tong sampah sebab sekurang-kurangnya mereka tak ganggu kehidupan manusia yang sedikit sebanyak semakin tenat masa kini.
Salam carigali pada semua.



