Wednesday, March 22, 2017

Seleksi buat Diri Sendiri

Menjadi kontraktor dan hamba untuk diri sendiri itu biasa, adakala terpaksa tertunduk dengan diri sendiri yang sedang mendabik dada. Menepuk dada dalam tak sedar bukan aku melegakan ia, berkata seorang diri dalam menjawab soalan yang ditanyakan oleh diri sendiri. Bagi hidup yang normal ini wujud sisi abnormal aku yang tak patut aku cerita pada khalayak ramai, tapi aku terkadang tak mampu untuk menanggung setiap format soalan dan ujian yang diberi...

Ini aku tujukan untuk aku dan "aku" yang masih menunggu jawapan untuk diri sendiri....


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Buat diri ini
apa aku minta belum pasti
apa aku kisah belum terjadi
apa aku mahu hanya baki
apa diharap bukan realiti

Buat diri aku
batu sekeras masih utuh kaku
menitik embun menyejuk beku
menyengat tulang dan sulbi
yang terkadang tak selesa di lena hari
yang terkadang merungut meraih simpati 
dan belum tentu jadi solusi

Membina dinding diri
bukan mengatur pisahan amali
bukan menghukum sunyi diri
bukan menjerut jiwa dan emosi
cuma...

Aku mahu cari jawapan diri
aku dan diri masih berteka teki
menumbuk minda akal majasi

Jangan biar teka teki ini terus sepi
tanpa tinggal jejak intisari
mahu pati bukan sisa seri
Kerana diri ini bukan hidup sendiri
ada perkara perlu dijelasi...
...Sebelum mati.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Selamat Untuk Diri...

No comments:

Post a Comment