Kalau cerita pasal perjalanan mesti dikaitkan dengan permandangan. Sebab melayu kata jauh perjalanan luas permandangan. Kalau mat salleh kata pula Less junk, More Journey... yang tu pun betul juga. Kalau lebai arab cakap, Barang siapa yang berjalan pada jalannya, maka dia akan sampai pada tujuannya.
Maknanya kat sini, sebuah perjalanan itu takkan diketahui langsung di mana pengakhirannya dan di mana penyelesaiannya. Seseorang manusia yang mempunyai kehendak untuk tuju ke satu tempat itu, belum pasti akan sampai ke destinasi yang dituju, kalau pun sampai, belum tentu seperti yang digambarkan. Sudahnya, tak payah nak diambil pusing apa yang kita nak buat, teruskan buat sebab tahu bahawa yang misteri itu hanya pada manusia bukan pada pencipta. Aku ni bukanlah seorang ustaz atau ulama' , tapi sebab aku bukan ustaz aku nak cakap apa aku nak cakap...
Sungguh jalan hidup semua manusia ini misteri, tapi kenapa ada yang berharap terlalu tinggi sampai puncak yang tinggi nak dilangkah dengan secubit energi? Apa lagi kau nak hitung semua bintang yang berada di angkasa raya yang tak nampak kau bilang ada kuasa tembus semua. Aku percaya hidup ini misteri sebab sedikit sebanyak ada yang sudah terpalit kat diri. Mana tak nya, benda yang di tunggu tak datang-datang tapi diganti benda yang lagi elok lagi bersih lagi murni. Aku tak pernah rasa macam ni dulu, aku percaya perjalanan aku ini misteri sebab setiap ujian didatangkan bala yang tak pernah dijangka bala itu satu jawapan pasti untuk masa depan kau. Jadi apa lagi nak katakan...
----------------------------------------------------------------------------
"Jauh Perjalanan, Luas Permandangan"
----------------------------------------------------------------------------
Kalau dah melayu kata jauh perjalanan luas permandangan, perlu lagi ke kau hidup semacam mana adik beradik kau yang lupakan kulit dulu... Perlu ke kau jadi penilai hakiki untuk setiap tingkah laku hamba Dia, menjadi penjatuh hukum atas dasar akal kau walau umur dah kubur panggil marii... Jadikan permandangan kau sebagai sebuah tanda aras hidup kau dan juga sebagai permula untuk setiap perbuatan akan datang, susah tapi itu hakikat pepatah Melayu... Permandangan itu indah kalau dijadikan memori yang adakalanya pedih seperti disengat tebuan ataupun manis seperti gula. Pun begitu, pedih yang disengat tak kekal lama, dan semut pun boleh mati kerana manisan...
::::::::::::::::Less Junk , More Journey::::::::::::::::
Less junk, more journey... Hidup atas dunia bukan nak jadi benda yang tak guna, hatta pokok yang menumpang makan zat pokok besar pun ada gunanya ke atas si pokok tu sendiri... Tak ada ciptaan yang sia-sia melainkan ciptaan dari manusia. Perjalanan yang jauh sepatutnya mematangkan hidup seseorang. Kalau zaman sekolah kau penuh dengan cerita macam kena buang sekolah, kena buang kawan, kena buang dari mata cikgu, buat dosa, buat maksiat.... Takkan umur dah beruban kau masih nak jadi yang dibenci cucu, nak dibenci jiran tetangga, nak jadi kaki joli mabuk sana sini lagi... Itu semua sampah, Sampah lama bukan perlu simpan, tapi jadikan pedoman baru hidup berguna bukan diguna-guna...
----------------------------------------------------------------------------
"Barang Siapa yang Berjalan Pada Jalannya,
Maka Dia Akan Sampai Pada Tujuannya"
----------------------------------------------------------------------------
Pepatah arab pula cakap barang siapa yang berjalan pada jalannya, maka dia akan sampai pada tujuannya. Maka jadi manusia teruslah berjalan kerana sekali kau jatuh kerana sesalan atau kisah semalam, jangan terus duduk dan mengeluh, INGAT!! Putus asa itu dosa di mata Tuhan jadi perlu apa lagi kau duduk diam dan jenguk dari jauh destinasi kau... Teruskan berjalan dan Tuhan tahu mana destinasi terbaik pada kau. Dan kepercayaan untuk diri aku, aku belum pernah jatuh terbaring, bersandar di dinding atau tembok gelap... Sebab aku percaya misteri hujung jalan aku dirungkai sedetik dua lagi...
No comments:
Post a Comment