Monday, April 17, 2017

Hari ini aku jadi

Bukan lukisan aku
Dari setiap permulaan langkah hidup, banyak dimulakan dari bertatih. Sehingga ke berlari di zaman tadika, ber"b-boy" di zaman sekolah rendah, ber"shuffle" di zaman sekolah menengah, dan kini mengesek besi dengan USD Seven, Carbon Free, Razors di zaman kolej. Hidup berubah mengikut aturan revolusi tuhan, dan adakala tersangkut di skala 8. Bagaimanapun, rotasi hidup aku ini, sentiasa mencari yang terbaik hingga sampai satu nikmat iaitu tiada rasa jemu.

" ...satu nikmat iaitu tiada rasa jemu."

Sudah 24 tahun hidup, banyak kebaikan dilabur demi masa akan datang, dan banyak keburukan dijadikan coretan warna hitam dalam kain rentang yang mak bapak aku lepaskan seawal umur 13 . tahun. Rentangan dengan warna asas telah dicoret dengan segala jenis warna dari pelbagai jenis material seperti pensel warna kayu Stabilo ke Faber Castle, berus warna dari saiz terkecil hingga sebsar untuk  kaligrafi. Belum masuk highlight untuk ingatkan mana yang perlu dan tak perlu dalam hidup. Semua perlaburan itu dah diserahkan bulat kepada aku untuk teruskan menconteng. 

"...banyak kebaikan dilabur demi masa akan datang, dan banyak keburukan dijadikan coretan warna hitam dalam kain rentang yang mak bapak aku lepaskan seawal umur 13"

Anggap yang buruk sebagai lakaran asas untuk melukis sebuah pulau. Mungkin nampak suram bila dilakar dengan arang lukisan. Bila air laut yang dibayang hanya warna hitam kelabu. Pembayang atau shadowing dilakukan dengan jari sebesar peluru machine gun. Nampak tak lawa jangan direnyukkan, apa salah kita campur dengan stensil berwarna supaya ada warna. Macam tu kebaikan yang cuba disampaikan secara tersirat. Keberanian mencampur material dalam kain rentang mungkin boleh dijual secara bidaan kelak. Mana tahu kann..?? Sehingga kini tak henti mencoret sebabnya nak dapatkan satu tempo yang aku cakap tadi iaitu "Tiada rasa jemu.." . Dapat rasa tu, maknanya aku dah capai satu kepuasan yang takkan sangkut lagi di skala lapan. 

"Keberanian mencampur material dalam kain rentang mungkin boleh dijual secara bidaan kelak. Mana tahu kann..??"

Terima kasih kepada yang tidak jemu-jemu bersama aku sepanjang hidup ini lebih-lebih kepada mama ayah dan adik aku. Sahabat-sahabat yang sentiasa jadi musuh dan badut di masa hidup ini sejak zaman kecil aku di taman perumahan hinggalah zaman remaja yang tinggal suku masa jadi bapak orang. Sahabat karib yang sentiasa bantu bina emosi dan rohani, Sahabat yang ingatkan tuhan dan ingatkan ada polis di depan. Bekas-bekas kekasih yang pernah jadi sebahagian coretan bersaiz A3. Terima kasih Tuhan atas ujian 24 tahun, mungkin cukup 420 aku akan hidup tenang nanti..

Salam kejadian...

Friday, April 14, 2017

Kerana khutbah pasal MUNAFIK...

Bila kita cakap pasal Munafik, perkara yang paling dekat dengan semua orang mesti filem Munafik arahan Syamsul Yusof. Elemen yang ditonjolkan dalam Munafik tersangatlah Mindfuck  sebabnya "munafik" bukan dari heroin itu sendiri dan tak disampaikan secara tersurat. Dengan scene pak ustaz yang tak boleh move on dengan kehidupan sendiri, belum campur lagi scene bertudung tapi cakap macam tuhan, ada yang dah tonton filem ni mesti perasan siapa yang berperangai macam ni. Paling menonjol dalam filem horror terlaris di Malaysia tahun 2016 ni, betapa hebatnya kerja setan menyesatkan masyarakat kita. Aku tabik spring dengan filem ni, sebab filem ni Syamsul Yusof dari pengarah terus jadi rapper. HAHAHA..

Satu babak dalam Munafik

Bila khutbah tadi buka tajuk pasal munafik, aku terus tersentak sekejap... Aku tertanya-tanya hidup aku ini ada tak sifat kemunafikan yang tersirat dalam diri aku. Pak khatib pun baca hadis yang munafik ada tiga ciri utama. Kata orang ikonik pada seorang munafik, macam ikonik Mike Jagger pada Rolling Stone, Code Orange pada cewek gitarisnya Reba Meyers. Macam itu lah nak dikatakan bahawa kalau ada ciri-ciri utama tu, mohon balik cari jalan syahadah sebenar Tiga ciri itu, 1)Bila berkata mereka berdusta, 2)Bila berjanji mereka mungkiri dan 3)Bila diberikan amanah mereka khianati. Tiga asas ni setelah aku semak dalam diri aku... nombor 2 antara perkara yang terkadang aku lakukan...Tu akulah, kalian yang baca ni kalau rasa tak buat perkara tu, syukurlah. Tapi... itu baru perkara major dalam konteks munafik.

"...Tiga ciri tu, 1) Bila berkata mereka berdusta, 2) Bila berjanji mereka mungkiri dan 3)  Bila diberikan amanah mereka khianati...."

Bagi yang dah rasa lepas 3 ciri itu, pak khatib pun sembang lagi, dia cakap munafik juga boleh jadi mereka menyembunyikan perkara yang hitam dalam diri bersama-sama dengan ahli keluarga. Maksud dia yang senang faham bersekongkol dalam buat jahat. Tettt!!! aku rasa benda ni tak semua orang lepas sebabnya ada perkara buruk yang berlaku dalam ahli keluarga mesti disembunyikan, Dah disorok jari hantu, depan orang rami dinaikkan ibu jari tanda terbaik dari ladang. Haaa... belum sembang soal solat lewat waktu, aku akui perkara ni kerap berlaku dalam hidup aku. tapi sekurang-kurangnya jangan menadah perkara baik diri di hadapan orang ramai, umpama kau nak dihormati kerana kebaikan kau. Itu salah... Apa yang penting kat sini, jadi diri sendiri di hadapan orang, jangan berevolusi dari setan ke malaikat bila ingin meminta perhatian, itu salah. Dan bukan juga aku ajar jadi setan. Kau faham-fahamkan lah maksud aku kat sini. Apa yang penting kat sini adalah jadi diri sendiri supaya orang boleh ajar kau, kerana tak semua manusia boleh terdidik dengan hanya berpandukan hati dan nafsu berjalan seiring. Korang kena yakin nasihat dari mulut orang datang dari Tuhan. Ngertii?? Tak kisah lah kau nak jadi budak punk ke, skinhead ke, rastaman ke, raver ke, hipster ke... janji bukan MUNAFIK.

Salam Anti-Munafik!

Monday, April 10, 2017

Radikal Sebuah Waktu



Titian waktu, perjalanan waktu, putaran waktu… Semua yang berkait dengan waktu susah nak dirungkai kerana pusingan 24 jam boleh mengubah setiap sudut cerita seorang manusia tu. Bila mana kita cakap tentang waktu. Perkara pertama yang aku musykil, waktu tu “sebuah” ke? Atau “sepohon”? tak pun “segaris”? Kalau waktu itu sebuah, bermakna ia merupakan satu nashkah buku yang dikumpul sampai cukup ke bab-bab yang terakhir maka ia menjadi ilustrasi kepada mereka yang kurang motivasi. Kalau pula waktu itu sepohon, boleh jadi susur galur waktu yang tumbuh dari tanah tandus membesar jadi anak pokok dan tumbuh bunga, buah bagi hasil pada si penanam, seterusnya cukup hayat gugur rebah ke tanah dan di makan pemangsa kecil. Bila kita cakap waktu tu garis. Lebih kepada penceritaan kronologi yang mungkin kita faham secara permukaan tapi bukan menyelam sehingga dasar laut dalam.



Radikal ini lebih menjerumus kepada negativiti, atau mungkin kronik. Bila mana kau cuba memenang benda yang salah di mata sekelompok masyarakat. Ibaratnya kalau kau orang DAESH kau sembang kat kedai kopi sebelah Bukit Aman, kau masih nak cakap Daesh ni memperjuangkan hak yang betul, bukan buta-buta untuk membunuh bagai. Agak-agak kau apa yang orang sekeliling kau fikir? Mahu tak kena bambu kat situ. Acah-acah rebel macam Zack de la Rocha RATM. Payah... Jadi kalau radikal waktu ni apa?

Zack de la Rocha RATM

Kau masih nak merasakan sedap walau tengah sempit. Bila mana orang dah Nampak raut muka payah kau nak hadam benda yang berat tapi kau masih berlagak cool. Orang Nampak kau tengah buntu taka solusi untuk permasalahan atau ujian yang tuhan bagi tapi kau masih pura-pura hebat langsung lantang katakan hidup kau masih kuat. Kau silap. Kau dah letak sebuah waktu sebagai radikal pemikiran kau. Sedangkan nasib sesebuah manusia takkan berubah andai kau sendiri tak nak jumpa jalan keluar. Apa lgi kau nak bangga dengan sikap radikal kau. Buta-buta kau cakap orang tu radikal orang ni radikal. Tapi kau tak sedar kau dah jadi manusia bertiang patuh pada radikalisme. Jadi orang jangan terlalu #deep kalau belum cukup fasih hujung pangkal, belum cukup fana’ dengan imbuhan, kesusahan dunia. Kesusahan bukan membuntukan. Ujian yang diberi bukan untuk dirasa semata-mata. Kalau dirasa semata-mata aku rasa semua mangsa banjir kat Kelantan dulu dah mati semua, dah kau paksa selesakan diri pada sesuatu yang secara terangnya memang tak logic untuk diselesakan. Faham kan…? Jadilah manusia radikalisme berfakta bukan auta dari tujah sedap lidah…

Selamat~~~

Friday, March 31, 2017

Manusia, Sampah dari Sampah

Masa berputar ikut paksi seia dengan sifat kendiri. Melentur dari rebung belum tentu buluh sesihat makan kopi dan susu biri. Atas pelentur untuk bentukkan ia kepada wau bulan yang terbang sambil membangga negeri Kelantan. Atau pun dikerat untuk dibuat meriam bagi mengacau seantero perkampungan. Dapat diistilahkan bahawa manusia yang silap dilentur boleh jadi sampah yang sisanya akan dibuang, dibakar oleh pelentur sendiri.   

"Dah kahwin nanti, jaga anak kau elok-elok kata orang tu 
lentur buluh biarlah dari rebungnya "

Jadi nampak sangat kat sini yang manusia semua nak menjadi sempurna hatta anak mengalami autisme atau buta atau cacat anggota dari kecik. Pun begitu, edukasi belum terjamin untuk kehidupan akan datang andai diri sendiri belum hadam setiap edukasi. Edukasi yang diperolehi dari buku hanya bacaan yang sia-sia sekiranya diri sendiri belum memahami kalam yang disurati. Semacam juga Al-Quran... Kau baca berlagu dengan tajwid yang cukup TIPTOP tapi isi belum difahami secara amali. Maka lisan tinggal lisan, Perutusan hanya tinggal perutusan tanpa memberi kesan sesebal pada hati. Sahabat aku ada katakan bahawa yang manusia bukan perlu tafsir tanpa terjemah dengan hemah. Nampak seperti Tafsir sama dengan Terjemah. Tapi untuk aku dan segolongan seperti aku akan mengatakan ia berbeza. Kerana pendefinisian manusia bergantung pada akal dan emosi, jadi tak hairan kalau kita cakap dengan suara tinggi ada yang katakan bahawa kita marah, walhal itulah cara cakap kita. 


Curi dari Low Tech Mag : Human Dung
Secara ringkasnya, manusia tak dicipta menjadi sampah kerana sampah pada asalnya adalah sesuatu yang berguna. Macam mentol yang dulu bantu manusia terangkan sudut gelap manusia, Bila pecah mentol, dibuang. Langsung dah tak ada lagi istilah mentol untuk si mentol. Ada juga sampah yang boleh digunapakai macam kertas, surat khabar, plastik, tin yang boleh dikitar semula. Tapi yang menjadikan sampah pada mereka adalah manusia yang tak reti-reti nak kitar semula barang tersebut. Jadi siapa yang sampah? Tepuk dada, jangan terus bertanya tapi laksanakan lagi baik hendaknya. 


"...pendefinisian manusia bergantung pada akal dan emosi,
jadi tak hairan kalau kita cakap dengan suara tinggi ada yang katakan bahawa kita marah..."

Bentuk diri dengan edukasikan diri bukan dengan buku semata-mata. Patuh pada tuhan kerana pemberian itu datang dari tertinggi. Sampahkan diri dengan perangai yang membusukkan nama sendiri tak menjamin kesenangan untuk hidup yang ingin ditempuhi. Sekalipun nampak mereka yang busuk dan tidur di kaki lima, yang gigi berkarat seperti seribu tahun tak gosok gigi belum tentu mereka sampah yang aku maksudkan, Kerana dari pandangan dimensi lain ia berguna sebagaimana orang gila yang mengutip tin dan botol plastik dalam tong sampah sebab sekurang-kurangnya mereka tak ganggu kehidupan manusia yang sedikit sebanyak semakin tenat masa kini.

Salam carigali pada semua.



Friday, March 24, 2017

Kritik Untuk Pengkritik

Sudah adat hidup ada positif ada negatif, ada jahat ada baik, ada nakal ada Ayda Jebat... Posisi manusia yang dinilai dari sudut kompleks bukan sesukar menyukat isi dalam diri. Dalam persona diri perlu didik dengan satu sikap jangan ikut kepala sendiri dan jangan mengukur baju orang lain kalau baju sendiri bukan kalis api. Sikap kritik, mengkritik, dikritik sudah menjadi kelaziman dalam adat dan adab semua masyarakat termasuk Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan Dusun, dan lain lagi. Sebab setiap kritikan bawa mesej disebalik tabir yang jarang orang nak rungkai, "WOI!! Jadi manusia tu biarlah berETIKA sikit, duduk bumi ni bukan kau seorang, dan bukan juga keturunan kau seorang..."

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Tapi bila sebut pasal kritik ni, semua orang pandai kritik samada di depan orang atau di belakang orang. Dan cerita yang aku nak leburkan bukan lah tembak depan atau belakang, tapi sikap tembak menembak dan cara menerima tembakan. Kalau tengok mentor kat TV3, pernah terfikir tak kalau si Akim tu kena komen dengan protege sendiri macam mana... Aku yakin dan pasti belang pasti ditunjukkan... Yela! kau satu negara dah kenal kot tiba-tiba kena tepek dengan protege sendiri yang masih mentah dalam industri seni... Mesti PECAH!! Itu kalaulah, kata budak kolej aku kalau-kalau ni Canselor pun boleh terbang. KAHKAHKAH...!!! 


Situasi lagi satu, geng dalam kelas mesti ada seorang dua tiga yang mulut lancang, mulut tak ada insuran kata orang. Mulut jenis nak bahan kawan, jenis pantang nampak orang senang semua nak dibahan. Bila bahan dia jadi tawa satu kelas, muka mulalah bangga seperti nya WA LAH KING DALAM KELAS,.. Mesti ada punya... Tapi dalam king-king mamat tu, pasti juga ada bunga bila sampai takdir dia pula dibahan, dikritik sampai diketawakan oleh kawan sekelas, dan kau tak boleh terima, pasti buat muka langsi. Dalam kata lain muka tak puas hati... Ada punyalah, sebab aku dah hidup dari tahun Ayam dulu-dulu jadi aku dah jumpa orang jenis macam ni banyak kali. Dia bahan kita, kita Okay... Kita bahan dia tak boleh.... Itu satu kejadian yang paling busuk untuk dunia persahabatan. Disebabkan aku dah jumpa orang macam aku klasifikasikan manusia ni sebagai LOSER. 

"Alaaa... Aku okay je kau bahan aku, sound2 aku, 
Aku sound2 kau bahan kau, nak melenting pulak! Pergi mampus lahh kau....!"

Sebab tu nak berkawan ni boleh, cuma jadilah manusia yang fleksibel. Nak jadi true gangster sampaikan orang cakap toreh tangan darah pun takut nak mengalirlah, berotak lah sikit, Kita boleh jadi pengkritik kepada sesiapa dan pastinya kena ingat  sesiapa pun boleh jadi pengkritik atas kita. Ngerti lor? Dan satu lagi kalau pun nak jadi True Joker biarlah bertempat sebab manusia ada maruah dan perasaan dan karma kan sentiasa terbaik dari Ladang bak kata Ariz dalam lagu SALUT. Kita manusia setaraf, kalau pun mereka itu bergerak solo, tak banyak kawan, selekeh, dan apa sekali pun yang boleh dijadikan bahan ketawa... Kornea kau cuma nampak  kulit dan baju dan tetek mereka. Isi  belum tentu kau nampak. Kesimpulannya, kait baju sendiri supaya kalis api, kelak berjumpa naga tak ada panas dalam diri...


Salut...


Wednesday, March 22, 2017

Seleksi buat Diri Sendiri

Menjadi kontraktor dan hamba untuk diri sendiri itu biasa, adakala terpaksa tertunduk dengan diri sendiri yang sedang mendabik dada. Menepuk dada dalam tak sedar bukan aku melegakan ia, berkata seorang diri dalam menjawab soalan yang ditanyakan oleh diri sendiri. Bagi hidup yang normal ini wujud sisi abnormal aku yang tak patut aku cerita pada khalayak ramai, tapi aku terkadang tak mampu untuk menanggung setiap format soalan dan ujian yang diberi...

Ini aku tujukan untuk aku dan "aku" yang masih menunggu jawapan untuk diri sendiri....


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Buat diri ini
apa aku minta belum pasti
apa aku kisah belum terjadi
apa aku mahu hanya baki
apa diharap bukan realiti

Buat diri aku
batu sekeras masih utuh kaku
menitik embun menyejuk beku
menyengat tulang dan sulbi
yang terkadang tak selesa di lena hari
yang terkadang merungut meraih simpati 
dan belum tentu jadi solusi

Membina dinding diri
bukan mengatur pisahan amali
bukan menghukum sunyi diri
bukan menjerut jiwa dan emosi
cuma...

Aku mahu cari jawapan diri
aku dan diri masih berteka teki
menumbuk minda akal majasi

Jangan biar teka teki ini terus sepi
tanpa tinggal jejak intisari
mahu pati bukan sisa seri
Kerana diri ini bukan hidup sendiri
ada perkara perlu dijelasi...
...Sebelum mati.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Selamat Untuk Diri...

Tuesday, March 21, 2017

Perjalanan yang Misteri

Kalau cerita pasal perjalanan mesti dikaitkan dengan permandangan. Sebab melayu kata jauh perjalanan luas permandangan. Kalau mat salleh kata pula Less junk, More Journey... yang tu pun betul juga. Kalau lebai arab cakap, Barang siapa yang berjalan pada jalannya, maka dia akan sampai pada tujuannya.



Maknanya kat sini, sebuah perjalanan itu takkan diketahui langsung di mana pengakhirannya dan di mana penyelesaiannya. Seseorang manusia yang mempunyai kehendak untuk tuju ke satu tempat itu, belum pasti akan sampai ke destinasi yang dituju, kalau pun sampai, belum tentu seperti yang digambarkan. Sudahnya, tak payah nak diambil pusing apa yang kita nak buat, teruskan buat sebab tahu  bahawa yang misteri itu hanya pada manusia bukan pada pencipta. Aku ni bukanlah seorang ustaz atau ulama' , tapi sebab aku bukan ustaz aku nak cakap apa aku nak cakap...



Sungguh jalan hidup semua manusia ini misteri, tapi kenapa ada yang berharap terlalu tinggi sampai puncak yang tinggi nak dilangkah dengan secubit energi? Apa lagi kau nak hitung semua bintang yang berada di angkasa raya yang tak nampak kau bilang ada kuasa tembus semua. Aku percaya hidup ini misteri sebab sedikit sebanyak ada yang sudah terpalit kat diri. Mana tak nya, benda yang di tunggu tak datang-datang tapi diganti benda yang lagi elok lagi bersih lagi murni. Aku tak pernah rasa macam ni dulu, aku percaya perjalanan aku ini misteri sebab setiap ujian didatangkan bala yang tak pernah dijangka bala itu satu jawapan pasti untuk masa depan kau. Jadi apa lagi nak katakan...




----------------------------------------------------------------------------
"Jauh Perjalanan, Luas Permandangan"
----------------------------------------------------------------------------

Kalau dah melayu kata jauh perjalanan luas permandangan, perlu lagi ke kau hidup semacam mana adik beradik kau yang lupakan kulit dulu... Perlu ke kau jadi penilai hakiki untuk setiap tingkah laku hamba Dia, menjadi penjatuh hukum atas dasar akal kau walau umur dah kubur panggil marii... Jadikan permandangan kau sebagai sebuah tanda aras hidup kau dan juga sebagai permula untuk setiap perbuatan akan datang, susah tapi itu hakikat pepatah Melayu... Permandangan itu indah kalau dijadikan memori yang adakalanya pedih seperti disengat tebuan ataupun manis seperti gula. Pun begitu, pedih yang disengat tak kekal lama, dan semut pun boleh mati kerana manisan...



::::::::::::::::Less Junk , More Journey::::::::::::::::

Less junk, more journey... Hidup atas dunia bukan nak jadi benda yang tak guna, hatta pokok yang menumpang makan zat pokok besar pun ada gunanya ke atas si pokok tu sendiri... Tak ada ciptaan yang sia-sia melainkan ciptaan dari manusia. Perjalanan yang jauh sepatutnya mematangkan hidup seseorang. Kalau zaman sekolah kau penuh dengan cerita macam kena buang sekolah, kena buang kawan, kena buang dari mata cikgu, buat dosa, buat maksiat.... Takkan umur dah beruban kau masih nak jadi yang dibenci cucu, nak dibenci jiran tetangga, nak jadi kaki joli mabuk sana sini lagi... Itu semua sampah, Sampah lama bukan perlu simpan, tapi jadikan pedoman baru hidup berguna bukan diguna-guna... 



----------------------------------------------------------------------------
"Barang Siapa yang Berjalan Pada Jalannya,
Maka Dia Akan Sampai Pada Tujuannya"
----------------------------------------------------------------------------

Pepatah arab pula cakap barang siapa yang berjalan pada jalannya, maka dia akan sampai pada tujuannya. Maka jadi manusia teruslah berjalan kerana sekali kau jatuh kerana sesalan atau kisah semalam, jangan terus duduk dan mengeluh, INGAT!! Putus asa itu dosa di mata Tuhan jadi perlu apa lagi kau duduk diam dan jenguk dari jauh destinasi kau... Teruskan berjalan dan Tuhan tahu mana destinasi terbaik pada kau. Dan kepercayaan untuk diri aku, aku belum pernah jatuh terbaring, bersandar di dinding atau tembok gelap... Sebab aku percaya misteri hujung jalan aku dirungkai sedetik dua lagi...

                                                                                                                                Salam perjalanan...


Friday, March 17, 2017

Hidup Untuk Siapa?

Mungkin dalam cerita aku persembahkan  takkan menarik seperti filem PULP FICTION arahan Quentin Tarantino, dan paling penting pelakon filem tersebut, John Travolta dan Samuel L. Jackson. Bagi penggemar filem arahan beliau pasti terngiang-ngiang plot penceritaan yang berterabur, diselitkan dengan adegan-adegan Bizarre dan Gore yang menjadi senjata utama dalam filem beliau.


Quentin Tarantino dalam The Hateful Eight


Cukup pasal Tarantino, dia biarkan dengan hidup dia... Ini cerita aku, arahan oleh diri aku sendiri. Jadi, balik pada topik... hidup untuk siapa? Aku tanya sekali lagi untuk siapa? Rata-rata jawab untuk Tuhan yang Maha Pencipta. kalau tanya yang berniqab pula akan dikatakan hidup untuk Al-Haq. Kalau ditanya pada kaki loyar buruk, kau hidup untuk siapa dijawabnya aku hidup untuk siapa-siapa yang rasa diri aku hidup...


..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


"Aku hidup untuk siapa-siapa yang rasa aku hidup...."


Sudahnya, melekat terus apa yang dicakapkan tu, maka bermula adegan OT yang pertama... Jika ditelitikan betul-betul, hidup ini ada macam-macam perkara, ada macam-macam kewujudan, samada nampak atau tak nampak, dalam hidup ini ada banyak mata, mata paling besar dalam dunia ni Matahari. Hahahah....


"Mata yang paling besar, adalah matahari..."



Dari sudut kewujudan kita dah boleh nampak seperkara, bukan homosapiens saja yang hidup, menetap, tinggal, melakukan habitat, atas bumi ini. Binatang pun ada bersama kita. Dari sekecil-kecil binatang sampailah sebesar-besar alam pun hidup dengan kau. Pokok lagi yang tumbuh dari serenek-renek kejadian sampailah setinggi-tinggi penciptaan sampai kau nak tengok yang paling atas pun terpaksa bersakit leher tu, pun hidup dengan kau. Belum masuk yang alam ghaib, yang dok rasuk makwe-makwe kau kat perkhemahan pengakap tu pun hidup bersama kau. Banyak sangat yang hidup dengan kau. Dan sekali lagi aku ulang, kau dah nampak kau hidup untuk siapa?




Belum lagi?!?!? Tak apa, oleh itu mari kita bersama-sama menyelam bersama penerbangan OT174 M untuk sama-sama menyelam lebih dalam untuk siapa kau, mak kau, nenek kau, hatta janda kau dan duda kau hidup kat dunia ni. Setiap sudut kejadian mengetahui akan kejadian kau, dan bila dia sedar kejadian kau maka kau pun sedarlah kejadian mereka, hatta orang buta sekalipun. Sebabnya, orang buta hanya akan buta mata tapi belum deria rasa. Oleh itu, seluruh isi bumi ini tahu kau hidup, sebabnya betul lah kata awek niqab tadi hidup ini untuk Al-Haq, Yang mencipta semua perkara, jisim, musim, issim dalam bumi ni.


Filem "Life Of Pi"


Jadi kalau kau cakap aku hidup demi orang yang aku cintai, yang pernah berkorban untuk aku.... yang blah blah blah. Aku don't give a F**k dengan semua tu. Sebab aku percaya siapa yang rasa aku hidup itu, jadi aku hidup untuk diorang. Aku percaya dan yakin tuhan memang bagi semua perkara depan mata, tak pun ada cendiakawan yang arif buat buku untuk kau baca pun sebenarnya datang dari TUHAN. Kucing dengan penyakit kurap dok usha kau, kais seluar kau pasal nak makanan, sebenarnya dia tahu kewujudan kau. kat situ dah datang tanggungjawab sebenarnya, bagi lah makan. Tuhan suruh kau sedekah tu, sebab hari-hari biasa kau susah nak cari tabung. Ni tabung sedekah versi kucing datang ke kau. Tak ke tuhan layan kau macam raja. Apa lagi... angin yang bawa pusing sampah di atas jalan, depan mata kau. Maknanya kewujudan kau dirasai oleh angin, angin rasa kau walaupun dia langgar kita selembut-lembut perbuatan dalam dunia ni,  maka itu ketentuan untuk korang berdua bertemu.  Apa tanggungjawab kat situ, dia suruh kau kutip sampah tu bawak masuk dalam tong sampah. Sampah bukan tuhan, dia tak berdiri dengan sendiri, jadi dia tak reti masuk dalam tong sampah tu sendiri. Kehidupan kita dicipta dan dijalankan atas dasar untuk sesiapa yang rasa kau, dan meminta balasan dengan secebis perasaan. Kau dah nampak kan apa itu hidup, jadi tak perlu aku ingatkan lagi.

Selamat jalan....