Bila kita cakap pasal Munafik, perkara yang paling dekat dengan semua orang mesti filem Munafik arahan Syamsul Yusof. Elemen yang ditonjolkan dalam Munafik tersangatlah Mindfuck sebabnya "munafik" bukan dari heroin itu sendiri dan tak disampaikan secara tersurat. Dengan scene pak ustaz yang tak boleh move on dengan kehidupan sendiri, belum campur lagi scene bertudung tapi cakap macam tuhan, ada yang dah tonton filem ni mesti perasan siapa yang berperangai macam ni. Paling menonjol dalam filem horror terlaris di Malaysia tahun 2016 ni, betapa hebatnya kerja setan menyesatkan masyarakat kita. Aku tabik spring dengan filem ni, sebab filem ni Syamsul Yusof dari pengarah terus jadi rapper. HAHAHA..
![]() |
| Satu babak dalam Munafik |
Bila khutbah tadi buka tajuk pasal munafik, aku terus tersentak sekejap... Aku tertanya-tanya hidup aku ini ada tak sifat kemunafikan yang tersirat dalam diri aku. Pak khatib pun baca hadis yang munafik ada tiga ciri utama. Kata orang ikonik pada seorang munafik, macam ikonik Mike Jagger pada Rolling Stone, Code Orange pada cewek gitarisnya Reba Meyers. Macam itu lah nak dikatakan bahawa kalau ada ciri-ciri utama tu, mohon balik cari jalan syahadah sebenar Tiga ciri itu, 1)Bila berkata mereka berdusta, 2)Bila berjanji mereka mungkiri dan 3)Bila diberikan amanah mereka khianati. Tiga asas ni setelah aku semak dalam diri aku... nombor 2 antara perkara yang terkadang aku lakukan...Tu akulah, kalian yang baca ni kalau rasa tak buat perkara tu, syukurlah. Tapi... itu baru perkara major dalam konteks munafik.
"...Tiga ciri tu, 1) Bila berkata mereka berdusta, 2) Bila berjanji mereka mungkiri dan 3) Bila diberikan amanah mereka khianati...."
Bagi yang dah rasa lepas 3 ciri itu, pak khatib pun sembang lagi, dia cakap munafik juga boleh jadi mereka menyembunyikan perkara yang hitam dalam diri bersama-sama dengan ahli keluarga. Maksud dia yang senang faham bersekongkol dalam buat jahat. Tettt!!! aku rasa benda ni tak semua orang lepas sebabnya ada perkara buruk yang berlaku dalam ahli keluarga mesti disembunyikan, Dah disorok jari hantu, depan orang rami dinaikkan ibu jari tanda terbaik dari ladang. Haaa... belum sembang soal solat lewat waktu, aku akui perkara ni kerap berlaku dalam hidup aku. tapi sekurang-kurangnya jangan menadah perkara baik diri di hadapan orang ramai, umpama kau nak dihormati kerana kebaikan kau. Itu salah... Apa yang penting kat sini, jadi diri sendiri di hadapan orang, jangan berevolusi dari setan ke malaikat bila ingin meminta perhatian, itu salah. Dan bukan juga aku ajar jadi setan. Kau faham-fahamkan lah maksud aku kat sini. Apa yang penting kat sini adalah jadi diri sendiri supaya orang boleh ajar kau, kerana tak semua manusia boleh terdidik dengan hanya berpandukan hati dan nafsu berjalan seiring. Korang kena yakin nasihat dari mulut orang datang dari Tuhan. Ngertii?? Tak kisah lah kau nak jadi budak punk ke, skinhead ke, rastaman ke, raver ke, hipster ke... janji bukan MUNAFIK.
Salam Anti-Munafik!

No comments:
Post a Comment